Thursday, July 4, 2013

Ia Satu Kehilangan Besar, Tapi Aku Tetap Hargai

Banyak perkara berlaku dalam kehidupan aku, baik dan buruk. Kadang2 aku sendiri tersilap langkah menjalani kehidupan. Bukan kadang2, tapi selalunya macam tu. Banyak orang datang kat aku dan bertanya pasal nasib aku. "Apa nasib ko sekarang?". Aku sememangnya tak nak orang tanya aku pasal benda ni, tapi jawab jugak la. Jujur, aku jawab dgn jujur.

Banyak orang yang aku jumpa, kenal, kenal rapat, kenal biasa2, kenal macam tu je dan jugak ada jumpa orang yang aku kenal walaupun dia tak kenal aku. Lepas beberapa tempoh berlalu, orang2 ni pergi meninggalkan aku menuju kesetiap nasib yang dah ditentukan. Rata2 aku pun tak tau mana diorang dah pegi. 

Bila teringat balik, terasa ruginya diri aku ni kat orang2 yang dah banyak berjasa kat aku. Rugi sebab aku tak dapat membalas balik jasa baik diorang. Aku mintak maaf, sebab aku sendiri baru mula nak membantu diri sendiri. Sekian lama rasanya dah tak ada matlamat hidup, maklum la diri ni blur sikit. Sikit2 aku paksa diri untuk berubah walaupun susah, semangat tak ada.

Masa lampau aku lah sebenarnya kehilangan yang besar dalam hidup aku. Masa lampau aku banyak yang aku sia2 kan. Sebab terlampau leka dengan kenangan dan hasutan. Kenangan dah hasutan banyak merosakkan diri aku walaupun sebenarnya aku sendiri yang merosakkannya. Sekarang apa yang mampu, cuma menghargai masa lampau yang penuh dengan pengajaran.

Tuesday, June 18, 2013

Berfutsal Di Petang Selasa

Selepas kelas, aku pegi berfutsal di seksyen 16 Shah Alam. Tapi hari ni ramai pulak yang tak dapat main. Lima org je tambah 7 org kawan kepada kawan aku. Nasib baik dia panggil kawan dia dtg main. Kalau tak, memag dah balik aku.

Penat dan kena titik dgn team kawan dia. Pro2 dorg main. Aku kalau dah smpai 30 minit, lepas tu memang berjalan je dah. Kalau paksa gak, mau pitam gak ni. Aku tau limit aku.

Tak ada apa2 pun yang best hari ni. Cuma tadi ada ternampak ada org post gambar kat FB. Gambar tu memerli GAMERS. Ya, salah seorangnya aku la. Gambar tu tunjuk seolah2 GAMERS ni langsung tak peduli apa yang berlaku kat luar. Mungkin ya mungkin tak. Aku tersinggung gak sikit. Tapi tak boleh buat apa la, sebabnya games tu dah macam dadah utk aku, untuk aku lupakan sebentar perkara2 yang tak patut singgah kat otak aku ni.

Kenapalah peluang berfutsal je aku dapat. Aku merindui sukan yang aku suka, badminton. Bila la ada peluang nak berbadminton. Harap2 masih berkesempatan.

Monday, June 17, 2013

Semangat Yang Pudar Di Hari Isnin

Hari ni pagi aku bermula 7.30 pagi. Ahhh, lewat lagi subuh. Bila dah tau lewat baru menyesal. Kadang2 bila bangun awal, tak nak pulak aku bangun. Dah makin sesat agaknya aku ni. Siap2 aku pun bertolak pegi "kerja" jam 8 pagi.

Macam biasa, aku selalu lambat masuk kerja. Lambat 10 minit selalunya. So, hari ni belajar benda baru, SCADA. Apa yang aku paham, SCADA ni sejenis control system yang digunapakai dalam industri sebagai alat untuk memerhati atau memantau proses yang dijalankan. Ceh, lebih kurang macam PLC yang aku blaja sebelum ni jugak cuma lain sikit. Apa yang lain? Yang lain tu software dia guna. Tu je la aku nmpk untuk hari pertama. Haha.

Dah lama duduk dalam kelas, aku perasan sesuatu. Ada awek sorang ni bad mood pulak, diam je dia. Haha. Ni mesti pasal kes malam semalam2 tu. Ntah apa la budak2 ni suka pressure dia. Belakang2 suka mengata itu ini. Kenapalah "kerajinan" dia yang melampau tu selalu disalah anggap. Awal2 tu aku sama je macam diorang tapi akhirnya aku sedar, buat apa aku nk terus macam ni walhal dia 100 kali lebih baik akhlaknya dari aku. So sekarang ni aku diam je la. Kalau aku backup kang jadi gossip pulak. Budak2 ni kadang pelik, belakang mengata, bila tak ada dalam kelas tiba2 mencari. Haha.

Tengah hari makan nasi ayam, RM4.00. Hehe, air suam dah la.

Macam biasa sebelum balik, Asar dulu. Selesai, naik motor dan balik. Tiba2 dalam tengah aku ride motor, teringat peristiwa lama. Ahh sudah, tengah bawak motor ni, badan aku dah la sakit2, datang pulak ingatan yang memedihkan ni. Dah jadi slow motor aku bawak smpai ke rumah. Syahdu je. Takpe la, tak de rezeki nak wat cam na. Slow2, aku mencari semula dari awal, erti kehidupan. Bila dah terlajak, agak susah juga nak patah balik. Usia semakin tua. Sempat tak sempat je la. Silap aku jugak, sendiri cari pasal, sendiri tanggung la.

Sampai kat rumah, aku terus terbaring kepenatan, kehampaan, kesedihan dan kebluran. Kakak aku tak balik lagi. Main2 jap dgn anak dia, dengar dia ketawa, aku pun suka. Hilang la sikit duka di hati. 

Sunday, May 19, 2013

Hari Ini: Ahad 19 Mei 2013

Hari ni tiba2 broadband aku buat hal. Panas gak hati ni bila main game asik ter'disconnect'. Susah betul nak jadi orang yang penyabar ni. Kawan2 aku banyak yang jenis penyabar, tapi aku tak tahu ape rahsia kesabaran diorang. Teringin nak menjadi, tapi tak tahu cara. Pasal benda2 kecik je aku dah hilang kewarasan. Dulu lagi teruk, smpai broadband terbang ke udara aku buat. Haha.

Ringkasnya, hari ni biasa je macam minggu2 lepas. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan puasa. Dalam pada tu, kursus aku kat SHRDC tu dah dua bulan lebih. Aku sronok dan enjoy dgn kursus ni. Kawan2 dalam batch aku smua best2. Sayangnya, ada beberapa kawan tak dapat teruskan bersama kitorang sebab dah dpt kerja dan sebab2 yang lain (tak diketahui). Sedih gak bila fikirkan, tapi nak buat mcm ne, dah xde rezki aku nk kenal lebih rapat. Dah besar panjang mcm ni baru terasa erti persahabatan, mcm dah terlalu lewat agaknya, haha.

Aku agak menyesal utk tindakan aku sebelum2 ni. Suka utk tulis perkara2 emosi smpai meletakan kesalahan kat orang lain. Sebenarnya aku tak suka benda2 ni tapi dah terlepas nk buat mcm ne. Lepas ni aku harap aku lebih beringat dan tak nak buat lagi. Smua benda simpan je dlm hati. Haih, tak elok pon tunjuk kemarahan kt org lain sebab nanti terkesan kat diri sndiri jugak. Lagi kesian, org yang terasa tu pon terkesan gak, last2 emosi dia pun terganggu jgk. Aku yang bersalah akhirnya. Tak nak tak nak tak nak, aku tak nak buat lg. Ampun.

Azam aku untuk hari2 mendatang ===>> Menjadi orang penyabar, Insya Allah.


Monday, March 18, 2013

Sokong dan Percaya? Sama ke?

Aku ni bukan la seorang yang tegar dalam laman sosial, cuma kerap lihat2 je. Sejak dua menjak ni aku tengok banyak orang berbincang mengenai pandangan politik masing2. Walaupun jiwa aku 'hijau', kat sini aku bukan la nak hasut sesiapa pun, cuma nak tulis pendapat sendiri.

Kalau aku tengok orang2 otai macam pakcik makcik kat kampung2 atau kat mana2 (termasuklah mak bapak aku), diorang dah letak politik tu sebagai satu kepercayaan. Yang aku tau, kita ni kena percaya cuma satu, Allah. Yang sepatutnya kita percaya adalah agama, bukan parti politik.

Parti politik bukan la tuhan, tapi mereka cuma pemberi options atau pilihan kepada kita supaya negara kita ni jadi yang macam mana. Nak sokong, sokong lah mana2 pun. Tapi jangan lah sampai letakkan kepercayaan kat salah satu parti. Bila dah macam tu maka terjadilah satu perasaan (fanatik) dalam diri yang menidakkan segala cadangan dan tindakkan parti lain. Bila terhasilnya perasaan tu, maka bergaduh la sesama kita. Tak tahu ke diorang, memutuskan persaudaraan tu dosa besar...hayaa...

Ada satu hari tu, bos kat bengkel aku cerita. Dia dulu parti ni, tp sekarang dah tukar parti ni. Kenapa dia sekarang kat parti ni? Dia cakap dia pilih parti ni sebab nak berterima kasih, selama ni parti tu bagi dia rezeki. Aku cakap dlm hati, "pemberi rezeki tu bukan Allah ke"?. Disebabkan aku tengok bos aku ni tak pernah tinggal solat, aku diamkan je.

Jadi, satu pilihan yang tepat adalah bila benda tu memberi kebaikan kat diri kita dan negara kita. 

Tekanan Jiwa

Tekanan tu sejenis daya secara amnya. Jiwa tu adalah sejenis perasaan (ye ke?). Bila digabungkan keduanya, maka terhasil la satu maksud iaitu daya yang dikenakan ke atas perasaan seseorang. Kadang2, daya tekanan itu kuat, dan kadang2 lemah. Kuat dan lemah daya itu mengikut masalah yang dialami oleh seseorang. Semua orang di dunia ni mengalami masalah ini termasuklah aku.

Kenapalah aku selalu terfikir benda yang sama setiap hari. Kadang2 aku terdiam memikirkan bertapa banyaknya salah silap aku selama ni, sampaikan aku langsung tiada matlamat hidup, sampaikan tiada apa yang aku inginkan di dunia ni. Aku tersangat bersalah kepada diri sendiri, abaikan masa depan diri sendiri yang walaupun aku tahu aku mampu membina masa depan yang baik.

Oh tidak, aku mengalami tekanan jiwa. Cara aku simple je, main game online la... pe lg...

Friday, February 22, 2013

LIRIK: Bob Yusof - Yang Bertakhta


Artist: Bob Yusof
Title: Yang Bertakhta


biar ku menjadi
insan pertama
bisikan asmara
pada dirimu

biar tanpa kata
bagai pujangga
aku harap
kau hargai

ku di sini
mencintaimu
tanpa ragu
hingga akhir nanti
hanya lah diriku
setia menghulur kasih
terus bertakhta lagi
dalam rindumu

kau tinggalkan aku
kesan mendalam
jadi tak menentu
asyik merindu
hanya aku saja
bisa fahami
hebat cinta dialami

ku di sini
mencintaimu
tanpa ragu
hingga akhir nanti
hanyalah diriku
setia menghulur kasih
terus bertakhta lagi
dalam rindumu

meronakan mimpimu
untuk selamanya
telah terukir nama
berdua bahagia
tercapai impian
memiliki dirimu


hingga akhir nanti
hanyalah diriku
setia menghulur kasih
terus bertakhta lagi
dalam rindumu

sesungguhnya
terus bertakhta
dalam rindumu
dalam rindumu
dalam rindumu