Saturday, September 12, 2009

Puasa Ye Bang???

Majoriti akan mengatakan puasa tu menahan lapar dan dahaga. Memang la, aku pun ada fikir macam tu jgk. Tapi sebenarnya puasa lebih dari itu. Kita kena tahan pancaindera dari melakukan benda2 yg tak elok dan tak berfaedah. Ada aku baca dalam buku, dia cakap dalam banyak2 benda yg nak dijaga, lidah la yang paling susah. Betul, setiap hari memang aku tak boleh lari dari dari menyebut benda2 yang tak berfaedah. Kadang2 benda yang keluar dari mulut aku boleh buat orang lain marah & emosional.

Masa terawih, selalu jugak aku perasan satu benda ni yang orang kita selalu buat tapi disebabkan aku kureng sikit pengetahuan, aku pun diam jer. Bila bukak email, ada satu message ni terangkan bendalah ni. Ianya seperti berikut:

Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut
dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak
ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu
jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh
mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa
dilentikkan.
Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti
diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah
standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk
tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan
disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak
diterima oleh Allah..


Ni dah dekat nak raya. Jadi pada sape2 yang baca ni, aku nak ucap MOHON AMPUN DAN MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP. KALAU DAH MAAFKAN TU, HARAP2 DAPAT LA DUIT RAYA SEKALI. KEH3...KALAU TAK NAK AMPUN TU, JANGAN LA DIAM JER. TAK BAIK SIMPAN DENDAM NI, LEBIH ELOK BERBINCANG SETEL MASALAH.