Tuesday, September 6, 2011

Blog Tempat Menaip Sesuka Hati

Salam untuk semua. Aku terasa nk menulis balik dlm blog ni setelah sekian lama aku tidak...

Tadi petang pegi rumah Alang Endon, macam2 la aku dengar pasal kes cerai dari keluarga masing2. Mak nampak bersemangat bercerita tentang masalah abang aku yang bercerai lebih setahun yang lalu. Sedikit aku rasa macam mak tak sepatutnya jadi sebegitu, terlalu suka menceritakan keaiban seseorang. Masalah keluarga aku, suami orang carik perempuan lain. Keluarga sana, isteri orang carik laki orang. Hai teruknya dunia sekarang. Aku takut perkara macam tu jadi kat aku.

Tu je la buat masa ni, sekian.

Sunday, March 6, 2011

Aku Boleh Berkawan Dengan Semua Orang Tapi Bukan Dengan Orang Itu

Tengok title post pun dah tau kan yang 'aku' ni seorang pendendam. Mungkin orang 'itu' ada buat something kat 'aku' yang membuatkan 'aku' tak boleh menerima orang 'itu' sampai sekarang.

Benda ni bukan la menjurus kepada 'aku' je, tapi kebanyakan orang pun ada perasaan macam ni. Kalau anda tak setuju, maknanya anda dikalangan orang2 baik yang mendapat 'kap ba ro kap alip ta nun' atau lebih mudah keberkatan Allah. Hehe.

Jadi persoalannya, siapa yang salah kat sini? 'aku' atau orang 'itu'. 'Aku' seorang pendendam, tapi punca 'aku' berdendam adalah kerana kesalahan yang orang 'itu' buat kat 'aku'.

Anggaplah orang 'itu' memang jahat tahap 7 petala langit dan dia ada buat sesuatu yang buruk kat kita, sampai kita tak boleh lupa sampai sekarang. Mesti agak susah nak maafkan orang 'itu' kan? Kadang2 pulak ada orang cakap, "aku tak boleh maafkan dia tu". Semua ni menyentuh soal perasaan, sama ada kita boleh terima atau tak. Mungkin boleh terima kot tapi dalam jangka masa yang tidak diketahui.

Macam mana pulak untuk pihak orang 'itu'? Dia ni memang jahat, tapi dia tetap seorang manusia, tetap ada perasaan. Dalam satu jangka masa, dia tetap akan rasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Anggap pula kita sebagai orang 'itu'. Rasa bersalah bertandang dalam hati, terus kita carik orang yang dah kita buat salah dan ikhlas minta maaf kat dia. Perlu ke kita mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dah berlaku untuk kita di maafkan? Semestinya tidak kan? Cukup dengan kemaafan sebabnya benda tu dah lama berlaku, dah lemau pun.

Tapi jika dia terus berdiam tanpa ada jawapan kemaafan, mesti kita rasa sedih. Betul tak? Sedih memang sedih, tapi kita perlu bersabar sebab mungkin ada masanya dia boleh maafkan kita. Tak apa, kita dah ikhlas minta maaf dan kita dah buat apa yang sepatutnya.

Hidup ni tak perlu berdendam dengan siapa2. Maafkan la kesalahan orang lain.

Saturday, March 5, 2011

Buat Sesuatu Untuk Orang Tengok

"Apakah itu buat sesuatu untuk orang tengok?" Kalau tak faham, maknanya anda bukanlah orang yang mempunyai sifat ni. Tak payah baca la. Hehe

"Ok, teruk ke sifat ni?" Ada kalanya baik jugak tapi kebanyakannya agak teruk. Yang baiknya macam pembinaan mercu tanda sesebuah tempat. Contoh paling senang: Menara Berkembar Petronas. Orang akan kata, "oh, tu kat KL". Maksudnya ia membuatkan tempat tu dikenali orang ramai, juga membuat rakyat rasa bangga dengannya.

"Eh, ape yang teruknya pulak?" Contohnya buat sesuatu untuk tujuan orang puji kita, tarik perhatian orang dan membuatkan orang lain kata kat kita "hebat la ko". Lepas tu mula la rasa bangga diri, rasa diri hebat dan lama2 boleh kasi bad effect kat diri sendiri. Bad effect: buat kerja macam tak ikhlas dan orang lain nampak kita macam tunjuk2 buat kerja. Lama2 prestasi jadi tumpul + diri jadi riak.

Jadi, tu je la. Aku pun tak tau betul ke tak apa yang aku dah tulis ni. Hentam je la.

Friday, March 4, 2011

Woi

Agak kasar title untuk post kali ni. Abaikan cerita pasal title tu. Sedih betul mengenang kembali sejarah blog aku ni. Banyak post2 aku sebelum ni dah di'delete' gara2 isinya macam 'mengarut' tak tentu pasal. Haha, tapi tak ape. Boleh tulis banyak2 lg lepas ni.

Sebenarnya banyak tujuan orang buat blog ni. Macam aku sendiri, untuk suka2 je. Ikut2 kawan pun ada jugak sebabnya kawan2 aku semua agak pakar dalam 'main' blog ni. Boleh buat duit katanya. Tapi memang betul pun bole buat duit.

Hari Jumaat adalah hari untuk aku masak kat rumah sewa ni. Ok la, cau cin cau...