Monday, June 17, 2013

Semangat Yang Pudar Di Hari Isnin

Hari ni pagi aku bermula 7.30 pagi. Ahhh, lewat lagi subuh. Bila dah tau lewat baru menyesal. Kadang2 bila bangun awal, tak nak pulak aku bangun. Dah makin sesat agaknya aku ni. Siap2 aku pun bertolak pegi "kerja" jam 8 pagi.

Macam biasa, aku selalu lambat masuk kerja. Lambat 10 minit selalunya. So, hari ni belajar benda baru, SCADA. Apa yang aku paham, SCADA ni sejenis control system yang digunapakai dalam industri sebagai alat untuk memerhati atau memantau proses yang dijalankan. Ceh, lebih kurang macam PLC yang aku blaja sebelum ni jugak cuma lain sikit. Apa yang lain? Yang lain tu software dia guna. Tu je la aku nmpk untuk hari pertama. Haha.

Dah lama duduk dalam kelas, aku perasan sesuatu. Ada awek sorang ni bad mood pulak, diam je dia. Haha. Ni mesti pasal kes malam semalam2 tu. Ntah apa la budak2 ni suka pressure dia. Belakang2 suka mengata itu ini. Kenapalah "kerajinan" dia yang melampau tu selalu disalah anggap. Awal2 tu aku sama je macam diorang tapi akhirnya aku sedar, buat apa aku nk terus macam ni walhal dia 100 kali lebih baik akhlaknya dari aku. So sekarang ni aku diam je la. Kalau aku backup kang jadi gossip pulak. Budak2 ni kadang pelik, belakang mengata, bila tak ada dalam kelas tiba2 mencari. Haha.

Tengah hari makan nasi ayam, RM4.00. Hehe, air suam dah la.

Macam biasa sebelum balik, Asar dulu. Selesai, naik motor dan balik. Tiba2 dalam tengah aku ride motor, teringat peristiwa lama. Ahh sudah, tengah bawak motor ni, badan aku dah la sakit2, datang pulak ingatan yang memedihkan ni. Dah jadi slow motor aku bawak smpai ke rumah. Syahdu je. Takpe la, tak de rezeki nak wat cam na. Slow2, aku mencari semula dari awal, erti kehidupan. Bila dah terlajak, agak susah juga nak patah balik. Usia semakin tua. Sempat tak sempat je la. Silap aku jugak, sendiri cari pasal, sendiri tanggung la.

Sampai kat rumah, aku terus terbaring kepenatan, kehampaan, kesedihan dan kebluran. Kakak aku tak balik lagi. Main2 jap dgn anak dia, dengar dia ketawa, aku pun suka. Hilang la sikit duka di hati. 

No comments: