Sunday, March 6, 2011

Aku Boleh Berkawan Dengan Semua Orang Tapi Bukan Dengan Orang Itu

Tengok title post pun dah tau kan yang 'aku' ni seorang pendendam. Mungkin orang 'itu' ada buat something kat 'aku' yang membuatkan 'aku' tak boleh menerima orang 'itu' sampai sekarang.

Benda ni bukan la menjurus kepada 'aku' je, tapi kebanyakan orang pun ada perasaan macam ni. Kalau anda tak setuju, maknanya anda dikalangan orang2 baik yang mendapat 'kap ba ro kap alip ta nun' atau lebih mudah keberkatan Allah. Hehe.

Jadi persoalannya, siapa yang salah kat sini? 'aku' atau orang 'itu'. 'Aku' seorang pendendam, tapi punca 'aku' berdendam adalah kerana kesalahan yang orang 'itu' buat kat 'aku'.

Anggaplah orang 'itu' memang jahat tahap 7 petala langit dan dia ada buat sesuatu yang buruk kat kita, sampai kita tak boleh lupa sampai sekarang. Mesti agak susah nak maafkan orang 'itu' kan? Kadang2 pulak ada orang cakap, "aku tak boleh maafkan dia tu". Semua ni menyentuh soal perasaan, sama ada kita boleh terima atau tak. Mungkin boleh terima kot tapi dalam jangka masa yang tidak diketahui.

Macam mana pulak untuk pihak orang 'itu'? Dia ni memang jahat, tapi dia tetap seorang manusia, tetap ada perasaan. Dalam satu jangka masa, dia tetap akan rasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Anggap pula kita sebagai orang 'itu'. Rasa bersalah bertandang dalam hati, terus kita carik orang yang dah kita buat salah dan ikhlas minta maaf kat dia. Perlu ke kita mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dah berlaku untuk kita di maafkan? Semestinya tidak kan? Cukup dengan kemaafan sebabnya benda tu dah lama berlaku, dah lemau pun.

Tapi jika dia terus berdiam tanpa ada jawapan kemaafan, mesti kita rasa sedih. Betul tak? Sedih memang sedih, tapi kita perlu bersabar sebab mungkin ada masanya dia boleh maafkan kita. Tak apa, kita dah ikhlas minta maaf dan kita dah buat apa yang sepatutnya.

Hidup ni tak perlu berdendam dengan siapa2. Maafkan la kesalahan orang lain.

No comments: