Sunday, January 26, 2014

Sebelum Tidur

Hari hari yang aku lalui ada suka dan duka. Yang pasti, aku masih di sini dan menunggu hari esok. Apa yang aku buat selama ni, itu lah yang terbaik dapat aku buat. Bukan aku tak mahu jadi seperti orang hebat yang lain, cuma aku tak tahu kenapa aku tak boleh.

Hidup aku biasa je. Kebiasaannya bila orang datang jumpa aku, akan ada soalan yang berunsur kenapa, kenapa, dan kenapa. Aku hanya mampu kasi jawapan. Hanya sebelah pihak yang paham, tapi aku tidak.

Aku cuba sedaya upaya jujur dalam setiap masalah yang datang. Tapi apa yang aku nampak, orang lebih rasa senang bila kena tipu dengan macam2 alasan. Bagi aku, mengaku kesalahan tu lagi baik dari menambah masalah.

Aku tak tahu kenapa aku tak ada keinginan utk memiliki apa2. Aku tak tahu kena aku suka menyendiri. Banyak benda aku tak tahu. Aku jadi blur bila terfikir benda ni, kosong tak tahu nak buat apa.

Bukan senang nak jadi pelakon yang tak bergaji. Hehe...

No comments: