Tuesday, December 4, 2012

Mat Bangla

Ada la sorang mat bangla ni kerja sama tempat dengan aku. Dari hari first aku tengok dia, dah rasa macam tak best je. Haha.

Satu hari tu entah kenapa, dia mulakan topik. Dia kata, walaupun dia tak solat, tak jaga halal haram, tapi still dia baik dengan org lain. Dia nak bandingkan diri dia dengan aku kot, sebab aku selalunya malas layan dia dengan baik.  Masa tu aku dengan kawan aku tak tau nk jawab apa. Ye la, tak terdaya nak pertikai apa yang dia cakap secara spontan.

Bila dah balik, aku fikir balik kata2 dia. Aku teringat kata2 beliau dulu, tak ingat aku siapa. Beliau dulu pernah kata, orang cina contohnya, berjaya dalam banyak hal sebab Allah bagi je apa yang diorang nak. Kenapa Allah bagi je apa diorang nak? Sebabnya ialah diorang lastly akan masuk neraka, so memang tak kesah la Allah nak bagi apa pun yang diorang nak, tak payah nak uji macam2 . Tapi berbeza pulak dengan orang islam macam kita, susah itu ini walaupun ibadat dan tingkah laku dijaga. Kita orang islam semakin menuju jalan yang betul, semakin banyak rintangannya sebab Allah nak uji kita sejauh mana kita mampu kekalkan iman kita kat Dia.

So, aku patah balik fikiran aku kat mat bangla tadi. Oh, lain kali kalau dia utarakan persoalan tu lagi, aku tahu la ape nak jawab. Bukan dia sorang cakap macam tu, banyak lagi.

Ada banyak orang cakap macam ni, (perempuan la biasanya yang tak pakai tudung dan seksi dan sebagainya), "aku walaupun tak ikut ajaran islam, aku tetap baik, baik dengan orang lain dan tak buat pun benda2 tak baik. Tapi orang yang ikut ajaran islam, tak pun sebaik aku dan buruk pulak tingkah laku". Dalam otak aku, aku cuma fikir, ye la, memang la ko mampu jadi baik dengan semua orang dan sebagainya sebabnya syaitan tak perlu pun hasut korang jadi jahat, itu dan ini, kerana syaitan tahu korang akan masuk neraka senang2. Orang yang ikut ajaran islam tu pulak yang buruk tingkah laku tu sebabnya dia di uji dengan segala macam perkara. Orang yang ikut ajaran islam ni sebenarnya sedaya upaya mengekalkan iman yang ada dalam diri diorang, tapi syaitan pulak cuba pesongkan diorang kerana nak ajak masuk neraka sama2. Sebab tu la ada yang jaga amalan tapi kadang2 buruk tingkah laku. Tu la dia bertapa susahnya nak dapatkan hidayah, susahnya nak jadi lebih baik.

Diorang ni sebenarnya tahu yang diorang baik dengan makhluk lain, tapi diorang tak tahu yang diorang ni sebenarnya tak baik dengan pencipta makhluk tersebut.