Saturday, September 12, 2009

Puasa Ye Bang???

Majoriti akan mengatakan puasa tu menahan lapar dan dahaga. Memang la, aku pun ada fikir macam tu jgk. Tapi sebenarnya puasa lebih dari itu. Kita kena tahan pancaindera dari melakukan benda2 yg tak elok dan tak berfaedah. Ada aku baca dalam buku, dia cakap dalam banyak2 benda yg nak dijaga, lidah la yang paling susah. Betul, setiap hari memang aku tak boleh lari dari dari menyebut benda2 yang tak berfaedah. Kadang2 benda yang keluar dari mulut aku boleh buat orang lain marah & emosional.

Masa terawih, selalu jugak aku perasan satu benda ni yang orang kita selalu buat tapi disebabkan aku kureng sikit pengetahuan, aku pun diam jer. Bila bukak email, ada satu message ni terangkan bendalah ni. Ianya seperti berikut:

Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut
dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak
ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu
jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh
mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa
dilentikkan.
Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti
diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah
standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk
tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan
disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak
diterima oleh Allah..


Ni dah dekat nak raya. Jadi pada sape2 yang baca ni, aku nak ucap MOHON AMPUN DAN MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP. KALAU DAH MAAFKAN TU, HARAP2 DAPAT LA DUIT RAYA SEKALI. KEH3...KALAU TAK NAK AMPUN TU, JANGAN LA DIAM JER. TAK BAIK SIMPAN DENDAM NI, LEBIH ELOK BERBINCANG SETEL MASALAH.

Sunday, July 12, 2009

KENALI MUSUH-MUSUH KOMPUTER ANDA

Virus komputer,ia suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer tidak kira yang sudah berpengalaman atau yang baru berjinak dengan IT,kehadirannya sudah menjadi kebiasaan.

Bagaimana pula Adware, trojan, dialer,worm, keylogger, hijacker, cookies dan sebagainya,pada pemerhatian saya ia masih kurang dikenali terutamanya mereka yang baru mengenali dunia IT dan ada yang beranggapan ianya virus.Jadi,sudah menjadi suatu kewajaran untuk kita mengenalinya untuk membolehkan pencegahan yang lebih berkesan dapat dilakukan.

Walaupun penerangan saya nanti serba ringkas tapi saya yakin ianya pasti berguna.


Virus komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia IT akan terus digemparkan dengan kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya.Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan
pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.

Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi
kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.

Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.

Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka.Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk
freeware,shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.

Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.

Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali,malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.

Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya.Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.

Tuesday, April 28, 2009

Dubai

Jom same2 kita tgk kepesatan pembangunan di Dubai yg pasti mmbuat sape2 je kagum, terpegun, hairan, terperanjat dan macam2 perasaan yg pasti akan timbul dlm setiap mata yg memandang gamba2 yg ditonjolkan di bwh ini...

Ini adalah keadan di Dubai sekitar tahun 1990


Di jalan dan kawasan yg sama pada 2003


Tahun lepas (2008)


Dubai dikatakan mempunyai kira2 15% - 25% crane yg trdapat di dunia ni.


Dubai Waterfront. Apabila siap, ia akan mnjadi pmbinaan Waterfront terbesar di dunia.

Ini adalah pmbinaan yg dilakukan pada 2004, trmasuk pulau yg klihatan sperti pohon palma


Palm island di Dubai. Teknologi dredging dari Belanda tlh digunakan dlm pembinaan pulau ini. Ini adalah pulau artificial trbesar di dunia yg boleh dilihat dari angkasa lepas.


Setelah ia siap, trdapat 2,000 villa, 40 hotel mewah, shopping center, movie theater, dan bnyk lagi kemudahan. Ia dijangka mmpunyai populasi kira2 500,000 org.


World Island (pulau dunia). 300 pulau tiruan (artificial) yg mnelan blanja kira2 $25-$30 juta utk sebuah pulau.


Hotel Burj Al-Arab. Hotel 7 bintang yg trtinggi dan termewah di dunia. Dibina di atas pulau tiruan.


Hydropolis. Hotel dasar air pertama di dunia. Dijangka siap 2009 stelah bnyk kali tertanguh.


Burj Dubai. Dibina pada 2005 dan dijangka siap pada 2008. Mmpunyai ketinggian shingga lbih 800 meter, dan akan menjadi bngunan tertinggi di dunia apabila siap kelak. Ia hampir 40% lbih tinggi drpd bngunan yg trtinggi stakat ni - Taipei 101.


Inilah bandar yg boleh kita lihat apabila ia siap spenuhnya.


Al-Burj, satu lagi bngunan pncakar langit di Dubai dan akan mnjadi bngunan tertinggi selepas Burj Dubai.


Memiliki ketinggian 1200 meter dan 30% lebih tinggi dari Burj Dubai juga 3 kali ketinggian bngunan Empire State Building.


Burj Al-Alam. Akan dikelaskan sebagai hotel tertinggi di dunia apabila siap kelak. Ia hanya 28 meter rendah dari Taipei 101.


Trump International Hotel & Tower. Dibina dlm salah satu barisan Palm Island, Palm Jumeirah.


Dubailand.


Sekarang ini pusat hiburan yg terbesar di dunia adalah Walt Disney World Resort in Orlando yg mmpunyai kira2 58 ribu pekerja. Dubailand adalah 2 kali lebih besar drpd itu.


Dubailand Akan dibina dlm 3 billion kaki persegi (107 batu^2) serta anggaran prbelanjaan sebanyak $20 billion. Ia akan menampung 45 projek mega dan 200 projek kecil.


Dubailand drpd satelit.


Dubai Sport City. Arena sukan terbesar trletak di Dubailand.


Walt Disney skrg ni adalah tmpat prlancongan #1 di dunia. Apabila Dubailand siap, ia akan mngambil alih kdudukan itu dgn dijangka dpt menarik plancong shingga 200,000 sehari.


Dubai Marina yg mmpunyai 200 bangunan bertingkat apabila siap nanti. Ia akan menjadi kwsn perumahan yg terbesar di dunia. Gambar di atas adalah fasa pertama yg telah siap.


Dubai Mall akan menjadi pusat mmbeli belah terbesar di dunia dgn keluasan 9 juta kaki persegi (bukan kaki pijie).


Ski Dubai yg telah dibuka, adalah pusat permainan ski indoor terbesar di dunia. Ini adalah gambar pusat ski masa akan datang yg sedang dlm rancangan.


Antara bangunan tertinggi di dunia, seperti Ocean Heights dan The Princess Tower, yg akan menjadi bngunan perumahan terbesar di dunia, sebaris dgn Dubai Marina.


UAE Spaceport akan menjadi pusat angkasa (spaceport) pertama di dunia jika rancangan pembinaannya diluluskan.

Giler btol la diorang ni, sumer benda #1 dlm dunia. Aku pon xpasti ape tujuan sbenar diorang buat bnda2 ni sumer. Tiba2 aku rasa takut plk tgk bnda2 ni sumer. Aku pon xtau knp aku sndiri tkt. Tp yg pasti, msti bnyk kesan2 buruk yg bakal brlaku kalau sumer tu dah siap nnti...

Thursday, April 16, 2009

Serangan Ulat Akibat Makan Sushi Dan Sashimi

Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya.

Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.
Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!

Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).




Saturday, February 21, 2009

Lembu & Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang
tak kena saja?
ANJING: Aku tengah tension ini . mahu saja aku gigit
manusia tadi.

LEMBU : eh? Kenapa ?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki
dan perempuan yang sedang berkepit. tiba-tiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi
anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. anda kan haram. Najis tahap berat
bagi manusia. Biasalah tu .
ANJING: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia
tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh
dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak
samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yang bukan
mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat
kenajisannya daripada memegang anda anjing,
malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat anda memang power lah...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"


Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada
ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan
dengan bab* (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)
dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi
bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan
menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya
perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing
bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah
berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang
maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Wednesday, February 18, 2009

Jangan Duk Belakang Lori

Be sure to read the very last line after the photo

A truck was traveling down the highway at around 1 o'clock in the morning near Tulsa , Oklahoma .

Motorcyclist was traveling at ~120mph and ran into the back of the moving semi-truck...

Truck driver said he felt the impact, and it took almost a 1/4 mile for him to pull over.

This is what he found...










He lived. Wear your helmet!

Sunday, February 15, 2009

Peringatan 2

Wahai org2 yg beriman, janganlah kamu menjadikan teman org2 yg diluar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu, kerana mereka tidak akan berhenti henti menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh, telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yg tersembunyi di hati mereka lebih jahat. Sungguh, telah Kami terangkan ayat ayat Kami, jika kamu mengerti.

Ali 'Imran (118)



Utk ayat ni, kita jgn la jadikan org yg berlainan agama sbgai org yg kita boleh prcaya. Sbbnya kt ayat ni ckp diorang akan susahkan kita satu hari nanti. Ingat, kita cuma xleh jadikan diorang kawan yg kita boleh prcaya jer, tapi sebaik baiknyer berkawan je la dgn diorang... Nak carik kawan yg betul2 kawan dlm agama sndiri pon susah, ni kan pulak agama lain kan???Aku sndiri pon xtau lagi sape "kawan" aku tu... Tu sumer Allah je yg tau...

Wednesday, February 11, 2009

Peringatan

...Barang siapa dikehendaki Allah utk dibiarkan sesat, sedikit pun engkau tidak akan mampu menolak sesuatu pun dari Allah. Mereka itu org2 yg sudah tidak dikehendakiツ Allah utk menyucikan hati mereka. Didunia mereka mendapat kehinaan dah di akhirat akan mendapat azab yg besar.

Al-Ma'idah (41)



Aku rasa, baca maksud ayat tu pon dah bole paham... So kena la slalu beringat, pintu taubat sntiasa dibuka...tp kalau xnk taubat2 gak, mmg kena la dan xde pluang kedua... Mcm manusia gak, sabar2 pon ada batasnyer jugak dan scara xlangsung, Allah pon cam tu gak... So, bila dah buat salah tu, gi la tobat... xkesah la brape kali pon ko tobat asalkan hati ni btol2 mnyesal atas prbuatan slama ni... Allah maha pegampun...kalau ape yg aku ckp ni salah, btolkan ea...